[TIPS HAJI DAN UMRAH] : 'CARA MEMAKAI IHRAM'
* Semasa Ihram, kaum lelaki tidak boleh memakai seluar, pakaian dalam, baju mahupun kemeja, penutup kepala seperti serban/songkok, serta alas kaki/kasut yang menutupi jari kaki.
* Bahagian bawah kain ihram harus lebih tebal dan panjang dari bahagian atasnya. Jika kain terlalu panjang di bahagian atas, kita akan kesulitan ketika solat.
1. Pilihlah satu helai kain yang lebih panjang dan tebal untuk dipakai di bahagian bawah badan. Bentangkan posisi kedua kaki, lalu sarungkan kain ke badan. Tangan kanan di bentangkan sambil menggenggam dua hujung kain ihram yang disatukan, dengan tangan kiri diletakkan dibawah ketiak untuk menahan lipatan,
2. Hujung kain ihram yang di satukan ditarik ke arah kiri, sedangkan tangan kanan menahan lipatan dibawah ketiak,
3. Hujung kain ihram yang disatukan dilipat kedalam seperti memakai sarung untuk solat, sehingga tidak kelihatan dari depan dan nampak rapi. Kemudian kenakan tali pinggang haji agar membentuk ikatan yang kuat,
4. Ambil kain ihram potongan yang ke-2 dan bentangkan dengan tangan memegang hujung kain ihram tersebut. Posisi tangan kiri agak ke atas dan tangan kanan ke bawah. Seperti contoh gambar di bawah.
5. Selitkan hujung kain ihram sebelah kiri pada gulungan kain ihram di pinggang sebelah kanan.
6. Selendangkan hujung kanannya untuk menutupi bahagian atas badan, seperti contoh digambar.
Semoga artikel ini dapat bermanfaat buat bakal2 jemaah lelaki yang akan melangsungkan ibadah haji atau umrah ke tanah suci Mekah.